KANDUNGAN:

-Wahai diri, ingatlah.....
-Berlindung di bawah cahaya Ilahi.
-Jadilah orang yang beriman.
-Kenali hakikat Takaful yang sebenar.
-Tingkatkan prestasi iman dan taqwa.
-Mentaati perintah dan larangan.
-Ketahui suka dan murka Allah.
-Takaful sebagai jihad fisabilillah.
-Caruman dianggap derma sedekah.
-Tawaran dan ganjaran hebat Allah.
-Perbetulkan dulu niat kita.

Thursday, 24 May 2012

MENGURUS NIKMAT DENGAN BERKESAN.

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah saw: Bukankah Allah telah mengampuni tuan tehadap dosa yang telah dan dosa yang akan datang? Maka apa gunanya menangis dalam sujud dan apa pula gunanya ketekunan yang berlebih-lebihan? Jawab Rasulullah saw: Tidakkah seharusnya aku menjadi hamba yang bersyukur?

Syukur.......
menggunakan nikmat kurniaan Allah dengan sewajarnya, menurut fungsinya masing-masing sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah swt.

Nikmat......
sesuatu yang menyenangkan, apa saja yang memberikan kelazatan, keenakan, kesenangan berupa harta kekayaan, pangkat atau kedudukan, ilmu pengetahuan, kecantikan tubuh badan dan kesihatan.
diberi oleh Allah kepada hambaNya sebagai satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia.
bersifat sementara dan bila-bila masa saja boleh diambil Pemiliknya jika tidak mampu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
sebagai ujian kepada seluruh manusia, siapakah yang berjaya melaluinya dengan keimanan.

Sesungguhnya nikmat Allah yang dicurahkan kepada manusia tidak pernah putus-putus.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. S. An Nahl: 18
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kamu hendak dustakan?

Sebagai muslim beriman, kita perlu yakin bahawa segala bentuk nikmat dunia adalah anugerah Allah dan milik mutlakNya. Dikurniakan Allah kepada manusia secara percuma tanpa mengharap balasan. Allah hanya menghendaki agar manusia sentiasa mengingatiNya dan mengenang segala nikmat yang dianugerahkanNya dengan cara bersyukur.
Adapun  nikmat Tuhanmu maka hendaklah engkau sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran. S. Ad Dhuha: 11
Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur. S. Saba': 13
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia merasai kesusahan jadilah ia berputus asa. S. Al Israa': 83
Kerana itu ingatlah kepadaKu, pasti Aku ingat kepadamu dan hendaklah kamu bersyukur kepadaKu serta janganlah kamu lupakan (mengingkari nikmatKu). S. Al Baqarah: 152

Menurut Imam Ghazali, bersyukur itu mendatangkan dua faedah:
1. Mengekalkan nikmat.
Apakah Allah akan menyiksamu jika kamu bersyukur dan beriman? (Tentu tidak) Allah Maha Pembalas lagi Maha Mengetahui. S. An Nisaa': 147

2. Menambahkan nikmat.
Dan ingatlah di waktu Tuhan kami memperingatkan; Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur maka azabKu amat berat sekali. S. Ibrahim: 7

Bersyukur sebenarnya mengundang nikmat. Orang yang tahu bersyukur pasti akan dikasihi Allah. Dan untuk membuktikan kasih sayangNya, Allah akan menambah nikmat kurniaanNya.
Ali bin Abi Talib berkata:
Apabila tanda-tanda kenikmatan sampai sampai kepadamu, janganlah engkau menghilangkannya (mengusir) nikmat yang akan datang dengan sedikit rasa syukur. Bersyukur kepada Allah sebenarnya wajib dilakukan oleh setiap hamba kerana di situlah kita dapat merasakan betapa kasih dan sayangnya Allah kepada diri kita. Allah sebagai Pencipta maka Dialah yang berkuasa memelihara dan mentadbir makhluk ciptaanNya dengan penuh bijaksana dan kasih sayang.
Bersyukurlah atas nikmat Islam dan Iman kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan hingga ke akhirat.

Kaedah bersyukur:
1. Hati (Qalbi)
mengakui dengan penuh keikhlasan hati sesungguhnya nikmat itu datangnya dari rahmat dan belas ihsan Allah.
2. Perkataan (Qauli)
memanjatkan puji-pujian hanya bagi Allah swt dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil.
3. Perbuatan (Fiqli)
menggunakan nikmat itu ke jalan yang diredhaiNya penuh ketaatan dengan mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan.

Keberkatan bersyukur:
  • Sentiasa hidup dalam kegembiraan.
  • Fikiran dan perasaan menjadi tenang dan damai.
  • Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tabah dan tidak jemu.
  • Adanya rasa mencukupi dan memadai.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment