Apakah kamu menyangka bahawa Kami jadikan kamu sia-sia sahaja dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada Kami (Allah)? Maha Tinggi Allah pemerintah yang benar. S.Al Mukminun: 115
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara menciptakan manusia bermulanya dari air mani yang bercampur sambil Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan). Oleh sebab itu maka Kami jadikan dia dalam keadaan mendengar dan melihat. (Kerana keadaan itu tidak mencukupi maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah). (Maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) atau pun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran). S. Al Insaan: 2-3
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai ujian. Dan kepada Kamilah kamu sekeliannya akan dikembalikan. S. Al Anbiyaa':35
Dialah yang telah mentaqdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. S. Al Mulk: 2
WAHAI DIRI, INGATLAH.....
Apakah engkau sedar bahawa di hadapanmu sedang menanti dua tempat. Engkau pasti akan menemui salah satu dari keduanya sama ada engkau menyukainya atau tidak, ia pasti akan menemuimu. Itulah syurga dan neraka.
Ketahuilah, sesungguhnya tiap-tiap diri tidak akan memperolehi sesuatu melainkan apa yang telah dikerjakannya. Jika engkau membuang banyak masamu untuk urusan dunia, maka berapa banyak pulakah masa yang engkau gunakan untuk menyelesaikan urusan akhiratmu. Sudahkah engkau sediakan bekalan yang secukupnya dalam menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi?
Maha Adil Allah, telah dilimpahkanNya kepadamu jalan kehidupan yang selamat untuk engkau lalui. Lalulah jalan perjuangan itu dengan sungguh-sungguh sekalipun penuh dengan ranjau, onak dan duri, kerana di hujung perjalananmu syurga pasti menanti.
Ingatlah...agama Islam itu mutiara yang tidak terhingga nilainya. Keimanan itu pemberian yang tidak terkira besarnya. Laluilah jalan perjuangan itu berbekalkan mutiara dan pemberian yang dianugerahkanNya, engkau pasti tidak menyesal nanti. Insaf dan hisablah diri di setiap siang dan malam, akan memudahkan engkau untuk mengumpul bekal persiapan. Sekalipun dikumpul dari celah-celah kehidupan duniamu yang sukar. Bila engkau sabar dan redha, kemanisan pasti dikecapi di hujung perjalanan hidup ini.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan-jalan yang boleh mendekatkan kamu kepadaNya (dengan menjunjung perintahNya dan meninggalkan laranganNya) dan berjuanglah (jihad) pada jalan Allah (kerana menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kemenangan (dunia dan akhirat). S. Al Ma'idah: 35
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi tuntutan agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta dengan orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. S. Al Ankabut: 169
Fakta dan Angka:
Populasi penduduk Malaysia 27,000,000 juta orang.
Kaum Melayu 13,770,000 juta orang.
Pegangan ekuiti ekonomi 23 %
Kategori miskin berdasarkan pendapatan isi rumah 65 %
Tiada pelan perlindungan 10,260,000 juta orang.
Apa yang anda boleh fikir dan jangkakan nasib kaum Melayu ini dalam kehidupan yang mendatang, terutamanya apabila ditimpa musibah?
Dan carilah rezeki yang diberikan Allah kepadamu kebahagiaan di kampung akhirat. Dan janganlah kamu lupakan bahagianmu (nasibmu) di dunia. S. Al Qashash: 77
Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.
Harta yang suci dan berkat merupakan suatu yang terpuji bagi orang-orang soleh.
Tiada mudarat dalam harta bagi mereka yang bertaqwa.
BAGAIMANA MAHU MERANCANG?
1. Membuat persiapan yang rapi dan merangka pelan ekonomi yang mantap bagi menghadapi krisis hidup.
Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut. Kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas itu tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
S. Yusuf: 47-48
2. Membuat pelbagai perancangan untuk mengurangkan risiko bebanan kewangan dan tekanan perasaan.
Janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan, namun aku tidak dapat melepaskan kamu barang sedikit pun daripada (taqdir) Allah. S. Yusuf: 67
3. Melakukan apa yang terbaik dan menyerahkan segala yang di luar kemampuan kepada Allah.
Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, apakah aku ikat dia (unta) lalu aku bertawakal atau aku lepaskan dia (unta) lalu aku bertawakal? Jawab baginda saw: Ikatlah dia (terlebih dahulu) dan kemudian bertawakallah (kepada Allah). HR Tirmidzi, Ibnu Majah
4. Menggunakan kesempatan yang ada sebelum kesempitan datang menimpa.
Dari Umar ra, memberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda;
Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu-nunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
HR Bukhari
MERANCANGLAH DENGAN BERHEMAH DAN BERHIKMAH.
Perancangan berhemah:
- melihat kekurangan yang ada.
- mengaku kesilapan yang dilakukan.
- mencari jalan untuk memperbaikinya.
- melaksanakannya dengan lebih baik.
Perancangan berhikmah:
- mengetahui hakikat sesuatu perkara dengan cara dan jalan yang benar.
- mendapat penjelasan yang tepat dan betul berdasarkan dalil dan bukti.
- mengerjakannya sebaik mungkin mengikut hukum dan peraturan Ilahi.
- menyerahkan hasil itu kepada Allah yang menguasai segala urusan.
Sebarang pertanyaan, ajukan dalam ruangan komen.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment