KANDUNGAN:

-Wahai diri, ingatlah.....
-Berlindung di bawah cahaya Ilahi.
-Jadilah orang yang beriman.
-Kenali hakikat Takaful yang sebenar.
-Tingkatkan prestasi iman dan taqwa.
-Mentaati perintah dan larangan.
-Ketahui suka dan murka Allah.
-Takaful sebagai jihad fisabilillah.
-Caruman dianggap derma sedekah.
-Tawaran dan ganjaran hebat Allah.
-Perbetulkan dulu niat kita.

Thursday, 24 May 2012

MUSIBAH MENGUJI KEIMANAN

Musibah.....
apa saja perkara yang kita tidak suka dan tidak senang dengannya, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara yang mendatangkan penderitaan.
Sabar.....
satu wasilah atau perantaraan untuk memulih dan mengubati jiwa dari segala penyakit hati dengan pancaran cahay Ilahi. Ini memasukkan perasaan tenteram ke dalam hati, mampu menahan diri dan mempunyai daya juang dan ketabahan yang utuh.

Orang yang sabar tetap beriqtikad bahawa diri mereka adalah hamba dan milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hambaNya dengan penuh hikmah.
Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi yang tersohor berkata: Suatu masa saya telah membeli seorang abdi. Saya tanya namanya. Dia menjawab:'Panggillah saya apa saja yang tuan suka'. Saya tanya padanya apa yang hendak dimakannya. Dia menjawab: 'Apa saja yang hendak diberi'. Saya tanya pakaian yang dia mahu pakai. Jawabnya: 'Apa saja yang hendak diberi'. Saya tanya kepadanya apa kerja yang ia hendak buat. Dijawabnya:'Apa saja yang hendak disuruh'. Saya tanya pula hendaknya. Dia menjawab:'Bahawa dia itu hanya seorang hamba abdi, dan hamba abdi tidak ada kehendak yang lain dari kehendak tuannya'. Saya terfikir sekiranya saya hamba Allah sejati tentulah saya menyerah bulat-bulat kepada Allah seperti hamba ini.

Tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah 'sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan. Ya Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya', melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik. HR Muslim

Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa dirimu melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu dibertahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong takabbur, lagi membanggakan diri. S.Hadiid: 22-23

Selain daripada bersabar atas musibah, sabar juga dituntut dalam perkara-perkara berikut.
  1. Sabar dalam melakukan ibadah.
  2. Sabar dalam menghadapi tipudaya dunia.
  3. Sabar dalam menghindari maksiat.
  4. Sabar dalam meneruskan perjuangan.
Prinsip asas musibah:
  1. Bahawasanya manusia, keluarga dan harta pada hakikatnya adalah milik Allah. Ia bagi manusia tidak lebih hanya sebagai pinjaman dan amanah.
  2. Bahawa kesudahan dan tempat kembali seorang hamba adalah kepada Allah, Pemilik yang Hak. Begitu juga dengan semua makhlukNya yang lain.
Musibah.....
Kenapa aku diuji?
Bagaimana aku harus menghadapinya?
Kecewakah aku dengan apa yang berlaku?
Mampukah aku menghadapinya?
Kepada siapa aku hendak mengadu?
Apakah hikmah daripada ujian ini?


Dan apa-apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. 
S. Asy Syuraa: 30
Tiada seorang muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenai dirinya melainkan dihapuskan oleh Allah daripada kesalahannya. HR Bukhari & Muslim

Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik dan tidak mungkin jadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. Jika ia mendapat nikmat ia bersyukur maka syukur itu lebih baik baginya, dan apabila menderita kesusahan ia sabar maka kesabaran itu lebih baik baginya. HR Muslim

Tidaklah seorang hamba yang ditimpa kesusahan (musibah) mengucapkan, 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, Ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik'. HR Ahmad
Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, dan kelaparan, dan kekurangan dari hartabenda dan jiwa serta hasil tanamab dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. S. Al Baqarah: 155-157

Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segalanya dengan benar sedang mereka tidak dianiaya. S. Al Mukminun: 62

Apabila manusia ditimpa kesusahan, dia memohon kepada Tuhannya, kembali taubat kepadaNya. S. Az Zumar: 8
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepadaMu dari lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu dari sikap penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepadaMu dari belenggu hutang dan kekasaran manusia.
Dan (ingatlah) mereka itu bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapa pun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung dan atau penolong mereka. S. Al Ahzab: 17
Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. S. Al Baqarah: 257
Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. S. Ar Ruum: 47

Hikmah ujian:
  1. sebagai peringatan bahawa manusia ini hamba Allah yang tiada kuasa.
  2. sebagai peringatan agar kembali ke jalan yang lurus dan benar.
  3. sebagai peringatan bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
  4. sebagai kayu ukur untuk menentukan tingkat keimanan seseorang.
  5. sebagai Qadha dan Qadar Allah.


Dua prinsip asas ujian:
  • Bahawasanya manusia, keluarga dan harta pada hakikatnya adalah milik Allah. Ia bagi manusia tidak lebih hanya sebagai pinjaman dan amanah.
  • Bahawa kesudahan dan tempat kembali seorang hamba atau makhluk adalah kepada Allah, Pemilik yang Hak.
Wassalam.

MENGURUS NIKMAT DENGAN BERKESAN.

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah saw: Bukankah Allah telah mengampuni tuan tehadap dosa yang telah dan dosa yang akan datang? Maka apa gunanya menangis dalam sujud dan apa pula gunanya ketekunan yang berlebih-lebihan? Jawab Rasulullah saw: Tidakkah seharusnya aku menjadi hamba yang bersyukur?

Syukur.......
menggunakan nikmat kurniaan Allah dengan sewajarnya, menurut fungsinya masing-masing sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah swt.

Nikmat......
sesuatu yang menyenangkan, apa saja yang memberikan kelazatan, keenakan, kesenangan berupa harta kekayaan, pangkat atau kedudukan, ilmu pengetahuan, kecantikan tubuh badan dan kesihatan.
diberi oleh Allah kepada hambaNya sebagai satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia.
bersifat sementara dan bila-bila masa saja boleh diambil Pemiliknya jika tidak mampu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
sebagai ujian kepada seluruh manusia, siapakah yang berjaya melaluinya dengan keimanan.

Sesungguhnya nikmat Allah yang dicurahkan kepada manusia tidak pernah putus-putus.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. S. An Nahl: 18
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kamu hendak dustakan?

Sebagai muslim beriman, kita perlu yakin bahawa segala bentuk nikmat dunia adalah anugerah Allah dan milik mutlakNya. Dikurniakan Allah kepada manusia secara percuma tanpa mengharap balasan. Allah hanya menghendaki agar manusia sentiasa mengingatiNya dan mengenang segala nikmat yang dianugerahkanNya dengan cara bersyukur.
Adapun  nikmat Tuhanmu maka hendaklah engkau sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran. S. Ad Dhuha: 11
Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur. S. Saba': 13
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia merasai kesusahan jadilah ia berputus asa. S. Al Israa': 83
Kerana itu ingatlah kepadaKu, pasti Aku ingat kepadamu dan hendaklah kamu bersyukur kepadaKu serta janganlah kamu lupakan (mengingkari nikmatKu). S. Al Baqarah: 152

Menurut Imam Ghazali, bersyukur itu mendatangkan dua faedah:
1. Mengekalkan nikmat.
Apakah Allah akan menyiksamu jika kamu bersyukur dan beriman? (Tentu tidak) Allah Maha Pembalas lagi Maha Mengetahui. S. An Nisaa': 147

2. Menambahkan nikmat.
Dan ingatlah di waktu Tuhan kami memperingatkan; Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur maka azabKu amat berat sekali. S. Ibrahim: 7

Bersyukur sebenarnya mengundang nikmat. Orang yang tahu bersyukur pasti akan dikasihi Allah. Dan untuk membuktikan kasih sayangNya, Allah akan menambah nikmat kurniaanNya.
Ali bin Abi Talib berkata:
Apabila tanda-tanda kenikmatan sampai sampai kepadamu, janganlah engkau menghilangkannya (mengusir) nikmat yang akan datang dengan sedikit rasa syukur. Bersyukur kepada Allah sebenarnya wajib dilakukan oleh setiap hamba kerana di situlah kita dapat merasakan betapa kasih dan sayangnya Allah kepada diri kita. Allah sebagai Pencipta maka Dialah yang berkuasa memelihara dan mentadbir makhluk ciptaanNya dengan penuh bijaksana dan kasih sayang.
Bersyukurlah atas nikmat Islam dan Iman kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan hingga ke akhirat.

Kaedah bersyukur:
1. Hati (Qalbi)
mengakui dengan penuh keikhlasan hati sesungguhnya nikmat itu datangnya dari rahmat dan belas ihsan Allah.
2. Perkataan (Qauli)
memanjatkan puji-pujian hanya bagi Allah swt dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil.
3. Perbuatan (Fiqli)
menggunakan nikmat itu ke jalan yang diredhaiNya penuh ketaatan dengan mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan.

Keberkatan bersyukur:
  • Sentiasa hidup dalam kegembiraan.
  • Fikiran dan perasaan menjadi tenang dan damai.
  • Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tabah dan tidak jemu.
  • Adanya rasa mencukupi dan memadai.
Wassalam.

Wednesday, 23 May 2012

RAHSIA QADHA DAN QADAR

Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan sesuatu dengan ketentuan yang pasti. S. Al Qamar: 49
Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu ditetapkan padanya hukum-hukumNya. S. Al Furqaan: 2
Tuhan kamu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Dan mereka tidak mempunyai pilihan (untuk mengubah pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. S. Al Qashash: 68

APAKAH HIKMAH DAN RAHSIA DARI QADHA DAN QADAR ALLAH INI?

1. Membuktikan Qudrah dan Iradah Allah.
Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapa yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberi rahmat kepada kamu? S. Al Ahzab: 17


Dan kamu tidak dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu denganbala bencana walau pun kamu melarikan diri di mana-mana sahaja) di muka bumi (atau langit), dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapa pun yang lain dari Allah sebagai pelindung atau pemberi pertolongan. S. Asy Syuraa: 31


2. Sesungguhnya Allah swt apabila mengasihi seorang hamba, Ia akan menduga hamba berkenaan. Dalam masa yang sama, Allah akan menganugerahkan kesabaran kepadanya.
Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab. S. Az Zumar: 10


3. Merupakan kifarah balasan Allah swt di dunia ke atas hambanya akibat dosa yang dilakukan.
Balasan itu dilakukan dengan segera kerana Allah mahukan sesuatu yang baik ke atas dirinya selepas ia meninggal dunia. Maha Mulia Allah daripada mengazab seorang hamba itu dua kali akibat satu dosa yang dilakukan.


4. Seorang hamba itu adakalanya tidak berupaya mencapai maqam yang lebih tinggi di sisi Allah berdasarkan amalan-amalannya, kecuali ia dikenakan dugaan. Dalam masa yang sama Allah memberi kekuatan dan kesabaran.


5. Allah swt memerintahkan malaikat Jibrail (malaikat yang ditugaskan memenuhi hajat anak Adam) agar menahan atau tidak menunaikan permohonan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi buat sementara waktu. Allah amat suka mendengar rintihan atau doa hambaNya. Orang yang terus sabar dan tetap berdoa akhirnya akan menjadi kekasih Allah.


6. Menjadi hamba yang sentiasa mengingat Allah, tidak melakukan dosa dan akhirnya menjadi penghuni syurga.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah swt berfirman:
Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku maka carilah bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari langit Aku. Dan carilah tuhan selain daripada Aku.


Wassalam

MENGAPA PERLU MERANCANG?

Apakah kamu menyangka bahawa Kami jadikan kamu sia-sia sahaja dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada Kami (Allah)? Maha Tinggi Allah pemerintah yang benar. S.Al Mukminun: 115
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara menciptakan manusia bermulanya dari air mani yang bercampur sambil Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan). Oleh sebab itu maka Kami jadikan dia dalam keadaan mendengar dan melihat. (Kerana keadaan itu tidak mencukupi maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah). (Maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) atau pun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran). S. Al Insaan: 2-3
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai ujian. Dan kepada Kamilah kamu sekeliannya akan dikembalikan. S. Al Anbiyaa':35
Dialah yang telah mentaqdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. S. Al Mulk: 2

WAHAI DIRI, INGATLAH.....
Apakah engkau sedar bahawa di hadapanmu sedang menanti dua tempat. Engkau pasti akan menemui salah satu dari keduanya sama ada engkau menyukainya atau tidak, ia pasti akan menemuimu. Itulah syurga dan neraka.
Ketahuilah, sesungguhnya tiap-tiap diri tidak akan memperolehi sesuatu melainkan apa yang telah dikerjakannya. Jika engkau membuang banyak masamu untuk urusan dunia, maka berapa banyak pulakah masa yang engkau gunakan untuk menyelesaikan urusan akhiratmu. Sudahkah engkau sediakan bekalan yang secukupnya dalam menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi?
Maha Adil Allah, telah dilimpahkanNya kepadamu jalan kehidupan yang selamat untuk engkau lalui. Lalulah jalan perjuangan itu dengan sungguh-sungguh sekalipun penuh dengan ranjau, onak dan duri, kerana di hujung perjalananmu syurga pasti menanti.
Ingatlah...agama Islam itu mutiara yang tidak terhingga nilainya. Keimanan itu pemberian yang tidak terkira besarnya. Laluilah jalan perjuangan itu berbekalkan mutiara dan pemberian yang dianugerahkanNya, engkau pasti tidak menyesal nanti. Insaf dan hisablah diri di setiap siang dan malam, akan memudahkan engkau untuk mengumpul bekal persiapan. Sekalipun dikumpul dari celah-celah kehidupan duniamu yang sukar. Bila engkau sabar dan redha, kemanisan pasti dikecapi di hujung perjalanan hidup ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan-jalan yang boleh mendekatkan kamu kepadaNya (dengan menjunjung perintahNya dan meninggalkan laranganNya) dan berjuanglah (jihad) pada jalan Allah (kerana menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kemenangan (dunia dan akhirat). S. Al Ma'idah: 35

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi tuntutan agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta dengan orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. S. Al Ankabut: 169

Fakta dan Angka:
Populasi penduduk Malaysia                                    27,000,000 juta orang.
Kaum Melayu                                                          13,770,000 juta orang.
Pegangan ekuiti ekonomi                                          23 %
Kategori miskin berdasarkan pendapatan isi rumah   65 %
Tiada pelan perlindungan                                          10,260,000 juta orang.

Apa yang anda boleh fikir dan jangkakan nasib kaum Melayu ini dalam kehidupan yang mendatang, terutamanya apabila ditimpa musibah?
Dan carilah rezeki yang diberikan Allah kepadamu kebahagiaan di kampung akhirat. Dan janganlah kamu lupakan bahagianmu (nasibmu) di dunia. S. Al Qashash: 77

Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.
Harta yang suci dan berkat merupakan suatu yang terpuji bagi orang-orang soleh.
Tiada mudarat dalam harta bagi mereka yang bertaqwa.

BAGAIMANA MAHU MERANCANG?
1. Membuat persiapan yang rapi dan merangka pelan ekonomi yang mantap bagi menghadapi  krisis hidup.
Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut. Kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas itu tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). 
S. Yusuf: 47-48

2. Membuat pelbagai perancangan untuk mengurangkan risiko bebanan kewangan dan tekanan perasaan.
Janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan, namun aku tidak dapat melepaskan kamu barang sedikit pun daripada (taqdir) Allah. S. Yusuf: 67

3. Melakukan apa yang terbaik dan menyerahkan segala yang di luar kemampuan kepada Allah.
Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, apakah aku ikat dia (unta) lalu aku bertawakal atau aku lepaskan dia (unta) lalu aku bertawakal? Jawab baginda saw: Ikatlah dia (terlebih dahulu) dan kemudian bertawakallah (kepada Allah). HR Tirmidzi, Ibnu Majah

4. Menggunakan kesempatan yang ada sebelum kesempitan datang menimpa.
Dari Umar ra, memberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda;
Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu-nunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
HR Bukhari

MERANCANGLAH DENGAN BERHEMAH DAN BERHIKMAH.
Perancangan berhemah:
  • melihat kekurangan yang ada.
  • mengaku kesilapan yang dilakukan.
  • mencari jalan untuk memperbaikinya.
  • melaksanakannya dengan lebih baik.


Perancangan berhikmah:
  • mengetahui hakikat sesuatu perkara dengan cara dan jalan yang benar.
  • mendapat penjelasan yang tepat dan betul berdasarkan dalil dan bukti.
  • mengerjakannya sebaik mungkin mengikut hukum dan peraturan Ilahi.
  • menyerahkan hasil itu kepada Allah yang menguasai segala urusan.
Sebarang pertanyaan, ajukan dalam ruangan komen.


Wassalam.

Wednesday, 16 May 2012

SEJARAH RIBA

Pengertian:
Mengenakan bayaran lebih dari apa yang diberikan.


Telah lama diamalkan sebelum lahirnya Islam, agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.
Mengandungi unsur penindasan.
Di Mesir telah diamalkan di zaman pemerintahan Firaun di mana hutang yang tidak dapat dijelaskan, penghutang akan menjadi hamba.
Di zaman Arab Jahiliyah, riba diamalkan atas 2 sebab:
1. mahu mengumpul harta dengan sebanyak-banyaknya.
2. terikut-ikut dengan orang Yahudi yang mempunyai hubungan rapat dalam perdagangan.

Pendapat ahli falsafah:
Aplaton
Wang tidak dapat memperanakkan wang tanpa usaha pemiliknya. Kenyataan ini disokong oleh ahli falsafah Kristian.

David Hume
Wang bukanlah barang atau alat yang boleh diperdagangkan tetapi ia hanya sebagai alat perantaraan bagi menjalankan perniagaan.

Yahudi dan Kristian
Pada asalnya agama ini tetap mengharamkan riba sebelum ianya dipesongkan.
Dalam Taurat ayat 25 fasal 22 (Sakarul Huruj):
Apabila kamu memberi hutang kepada anak bangsamu maka jangan engkau menganggap engkau sebagai orang yang memberi hutang. Jangan engkau meminta keuntungan daripada harta engkau.

Dalam Taurat ayat 35 fasal 25 (Sakarul Awbin)
Apabila saudara engkau berhajatkan atau berkehendakkan sesuatu, hendaklah engkau beri jangan meminta keuntungan dan mengambil apa-apa manfaat daripadanya.

Dalam Injil ayat 24 dan 25 fasal 6 (Injil Luqa)
Hendaklah kamu membuat kebajikan, berilah hutang, jangan mengharap pulangan yang lebih, itu adalah pahala yang banyak.

Para Paderi dan Ketua Gereja sependapat bahawa ia merupakan satu pengharaman yang total terhadap perbuatan riba.
Ketua Gereja Kristian bermahzab Yaswi (fahaman liberal) tetap tegas dalam masalah riba.

Bermulanya riba

Orang Yahudi yang terkenal dalam sejarah sebagai bangsa yang tidak amanah, penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Tidak hairan jika mereka membuat tafsiran yang menurut hawa nafsu mereka terhadap Kitab Taurat bahawa:
Pengharaman riba itu ialah antara orang-orang Yahudi sahaja dan tidak haram terhadap umat-umat yang lain.
Manakala orang Kristian pula tidak dapat mempertahankan pengharaman riba selepas kurun pertengahan. Ianya berpunca dari tindak tanduk raja-raja dan pembesar agama mereka.

Tahun 1662, Raja Lois ke IV telah berhutang secara riba untuk menjelaskan pinjamannya.
Tahun 1860, Pope agama Kristian mula bermuamalat secara riba. Ini adalah ekoran selepas pemberontakan Peranchis pada 12 Oktober 1789. Ketua-ketua agama Kristian mengadakan satu perhimpunan agong dan mengambil keputusan mengharuskan perbuatan riba.

Riba mula dikembangkan ke seluruh dunia. Dengan sumber kewangan yang kukuh dan tipudaya Yahudi, mereka telah dapat memaksa pembesar negara asing untuk menerima sistem riba.
Ianya dipelopori oleh Ruthsolet yang mempunyai 5 orang anak, yang giat menjalankan kegiatan yang berunsurkan riba ke seluruh dunia.
Seorang anaknya diarah ke Jerman, seorang di England, seorang di Peranchis, seprang di Itali dan seorang lagi mengelilingi dunia. Mereka membuka bank-bank yang berasaskan riba.

Di dalam Al Quran, proses pengharaman riba dinyatakan dalam 4 peringkat.
Peringkat pertama - ayat-ayat nasihat.
Intipati ayat: tidak dapat pahala dari Allah.
"Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda."
Surah Ar Ruum ayat 39

Peringkat kedua - ayat-ayat peringatan.
Intipati ayat: menceritakan balasan Allah terhadap orang Yahudi yang memakan riba.
"Orang-orang yang memakan (harta) riba, tidaklah sanggup berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan. Demikian itu kerana mereka berkata sesungguhnya jualbeli itu sama dengan riba. Allah menghalalkan jualbeli dan megharamkan riba. Maka siapa yang sudah sampai kepadanya pengajaran Tuhannya (melarang riba) lantas ia berhenti maka baginya apa (harta riba) yang sudah diambilnya dan urusannya kembali kepada Allah. Dan siapa yang kembali (memakan riba) maka dialah penghuni neraka. Mereka kekal di sana. Allah memusnahkan riba dan menghidup suburkan sedekah (infak)"
Surah Al Baqarah ayat 275-276

Peringkat ketiga - ayat-ayat pengharaman.
Intipati ayat: terhadap riba yang melampau tetapi bukan pengharaman total.
"Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu memakan riba dengan berlipatganda. Takutlah kepada Allah agar kamu menang (dunia dan akhirat)."
Surah Al Imran ayat 130

Peringkat keempat - ayat-ayat hukum.
Intipati ayat: pengharaman secara total sama ada sedikit atau banyak.
"Hai orang-orang yang beriman, takutlah Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba. Jika (memang) kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakannya (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka untukmu pokok harta (yang kamu pinjamkan). Kamu tidak dianiaya dan tidak pula menganiaya."
Surah Al Baqarah ayat 278-279


Hukum riba

Ianya diharamkan dalam Islam.
Riba meracuni akhlak-akhlak terpuji.
Keburukan riba dari perspektif Islam:
Dari segi akal -
tidak dapat diterima oleh fitrah semulajadi manusia, sifat rakus, gelojoh, tamak, kikir.

Dari segi sosial -
melambangkan kerakusan dan kegelojohan pihak yang sememangnya telah kaya.

Dari segi akhlak -
hilangnya sifat-sifat terpuji dan rasa keperimanusiaan sesama insan.

Dari segi ekonomi -
menambah bebanan dan tekanan untuk membayar pinjaman pokok, juga faedah yang dikenakan tidak menentu. Yang pastinya faedah itu menguntungkan pihak pemberi pinjaman.

Hadis Rasulullah saw berkaitan dengan riba


Rasulullah saw melaknati orang yang merayu dengan wang dan orang yang dirayu, pemakan riba dan orang yang memberinya.
Hadis riwayat Bukhari dan Abu Daud


Allah tidak masukkan empat golongan ke syurga dan mereka tidak mengecapi nikmatnya, orang yang membiasakan minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa kebenaran dan orang yang mendurhakai orang tuanya.
Hadis riwayat Al Hakim


Satu dirham yang didapatkan oleh seseorang dari sesuatu yang riba, lebih besar dosanya di sisi Allah daripada tiga puluh tiga zina yang dilakukan dalam Islam.
Hadis riwayat At Tabrani


Pemakan riba itu akan dibalasi dengan tujuh puluh dosa. Yang teringan ialah seperti seorang lelaki menjimak ibunya.
Hadis riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi


Di malam aku diisrakkan, ketika kami telah sampai ke langit ketujuh, aku melihat di atasku ada petir dan kilat. Lalu aku datang ke suatu kaum di mana perut mereka seperti rumah, di dalamnya ada ular yang terlihat dari luar. Kataku, "Hai Jibrail, siapa mereka?" Dia menjawab,"Mereka itu pemakan riba".
Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah


Peringatan Rasulullah saw untuk umat akhir zaman:


Akan datang suatu masa di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jualbeli.


Sungguh nanti akan datang suatu masa atas umatku yang tidak ada seorang pun dari mereka kecuali makan hasil riba. Jika ia tidak makan hasil riba, maka ia akan terkena debu (dosanya).


Perbezaan di antara jualbeli dan riba.
Jualbeli:
Semangat gotong royong.
Keuntungan terbatas dan sekali sahaja.
Tanggungjawab pembeli dan penjual berakhir dengan penyerahan barang.
Keuntungan yang wajar kerana melibatkan usaha dan masa.
Riba:
Penindasan (pinjaman + faedah).
Berlipatganda dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab makin bertambah untuk menyelesaikan hutang.
Keuntungan yang tidak wajar kerana tidak melibatkan usaha.


Bagaimana dengan diri kita?
Adakah kita sedang berusaha untuk membebaskan diri dari belenggu riba? Bagaimana dengan sistem kewangan kita?
Adakah kita memanfaatkan sistem kewangan Islam yang ada?

Apa saranan Rasulullah saw kepada kita, umat akhir zaman:
Kelak akan datang atas umatku suatu masa di mana seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kekurangan dan kemungkaran. Barangsiapa mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia memilih kekurangan dan meninggalkan kemungkaran.


Fikir-fikirkan ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw di atas tadi.


APA KOMEN ANDA?

Monday, 14 May 2012

WASILAH MENUJU REDHA ALLAH



Bismillah
A069
Surah Al Ankabut : 69

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi tuntutan agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta dengan orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.



Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan pemilik sekelian alam.
Selawat dan salan ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad saw dan keluarganya serta para sahabat baginda sekalian.


WAHAI DIRI, INGATLAH.....


Zaman sudah berubah, dunia semakin maju menjadikan semua orang berada dalam kerisauan yang tidak putus-putus, kesibukan yang tidak habis-habis, kefakiran yang tidak henti-henti dan angan-angan yang tidak berkesudahan untuk mengatur dan mencatur kehidupan masing-masing.
Kita sebagai umat Islam yang mendakwa hanya bagi Allah jualah hakmilik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dialah jua yang memewahkan rezeki dan Dia juga yang menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki menurut aturan yang telah ditetapkan. Kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
Tetapi sungguh menghairankan, kita umat Islam sering lupa untuk menjadikan akhirat sebagai kerisauan kita, selalu alpa untuk sibukkan diri dengan urusan agama, sentiasa gagal untuk lapangkan masa mengabdikan diri dan beribadah kepadaNya, kerap terpedaya untuk menjadikan keredhaan Allah sebagai matlamat akhir kita.

Marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah dengan perasaan bimbang kalau-kalau tidak diterima dan juga dengan perasaan terharap-harap supaya makbul kerana orang yang sering berdoa akan lebih disukai oleh Allah. Orang yang enggan berdoa seolah-olah yakin atas diri sendiri tanpa bersandar kepada Allah adalah merupakan orang yang sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabur dan membangga-banggakan diri.

Ya Allah.....
Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari keluh kesah dan dukacita, aku berlindung denganMu dari lemah dan malas, aku berlindung denganMu dari rasa takut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari belenggu hutang dan kekasaran orang.
Ya Allah.....
Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari kedatangan bencana, datangnya kematian dengan tiba-tiba, buruknya taqdir dan beratnya bahaya.
Ya Allah.....
Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada keras hati, selalu lupa, kehinaan dan kemiskinan. Dan aku berlindung denganMu daripada sifat kufur, fasik, suka berbantahan dan bermegah-megah, dan aku berlindung denganMu dari penyakit merbahaya.
Ya Allah.....
Aku berlindung denganMu daripada segala bala bencana, kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk.


BERLINDUNG DI BAWAH CAHAYA ILAHI


Tidak akan beroleh sesiapa pun yang lain dari Allah sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.
Sesungguhnya hamba-hamba Allah yang beriman dengan ikhlas tidak dapat disesatkan oleh oleh kuasa iblis kerana Allah menjadi pelindung bagi mereka.
Janganlah taatkan orang-orang kafir yang akan mengajak kembali kepada kekufuran, taatlah kepada Allah yang menjadi pelindung dan sebaik-baik penolong.
Jika pihak musuh hendak menipu mereka maka sesungguhnya cukuplah Allah yang menjaga dan memberikan perlindunganNya. Dialah yang menguatkan mereka dengan pertolonganNya dengan sokongan orang-orang yang beriman.
Cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi dan penolong yang menyelamatkan dari ankara mereka yang memilih kesesatan.

Allah pelindung yang mengawal dan menolong hambaNya yang beriman.
Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya yang bertaqwa.


Wahai diri, ingatlah......


Bahawa kehidupan dunia yang tidak merdasarkan iman dan taqwa hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kita beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kepada kita pahala bawaan amal kita dan Allah tidak meminta kepada kita akan harta benda kita melainkan untuk memberikan kita barang yang lebih baik daripadanya.

Justeru itu, carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan dari amal-amalnya untuk hari yang hanya ada hisab (perhitungan) tanpa amal. Bersegeralah melakukan amal-amal baik sebelum ditimpa tujuh perkara. Itulah yang diperingatkan Rasulullah saw kepada kita. Kemiskinan yang menjadikan orang pelupa. Kekayaan yang menjadikan orang sombong melampaui batas. Penyakit yang merosak tubuh. Lanjut usia yang melemahkan. Maut yang pasti datang.Dajjal sejahat-jahat ghaib yang ditunggu. Dan hari akhirat yang paling dahsyat dan paling pahit.
Hadis riwayat At Tirmidzi.


Orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam konteks Takaful:


Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan juga kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
S. An Nisaa’: 59
Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia.
HR Muslim
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong setengah yang lain.
S. At Taubah: 71
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.
S. Al Hujuraat: 10
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba jika benar kamu orang-orang yang beriman.

S. Al Baqarah: 278
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah adalah keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

S. Al Ma’idah: 90

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percata dengan) tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

S. Al Hujuraat: 15

Wahai diri, mengapa engkau diuji?

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu saja (tanpa ada ujian) sedangkan Allah belum mengetahui (belum terbukti) orang-orang yang berjihad di antaramu dan mereka tidak mengambil menjadi teman akrab selain dari Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin?
Apakah kamu mengira cukup (begitu saja) mengatakan ‘Kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji?
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga pada hal belum datang kepadamu ujian sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Dan Kami datangkan kepadamu kesusahan dan kesenangan sebagai ujian.
Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanam-tanaman. Dan beri khabar gembiralah orang-orang yang sabar.
Kami akan menguji mereka (dengan nikmat yang mereka terima). Dan barangsiapa yang membelakang dari Tuhannya, nescaya dimasukkanNya ke dalam azab yang sangat berat.

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara menciptakan manusia bermulanya dari air mani yang bercampur sambil Kami tetap mengujinya (dengan perintah dan larangan), maka Kami jadikan ia mendengar dan melihat. (Kerana keadaan itu tidak mencukupi maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah). (Maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taqwa) ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran).

Dari Ibnu Abas ra, Rasulullah saw telah bersabda;
Apakah kamu semua beriman?
Maka diamlah para sahabat dan berkataklah Umar ra;
Benar, ya Rasulullah.
Tanya Rasulullah saw lagi;
Apakah alamat imanmu itu?
Mereka menjawab;
Kami bersyukur di kala suka, bersabar di kala duka serta redha atas ketentuan taqdir yang kami terima.
Maka Rasulullah saw bersabda;
Ya, kamu semua beriman demi pemilik Ka’abah.

Wahai diri, adakah ujian ini begitu berat?

Allah tidak memikulkan tanggungjawab kepada seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan  apa yang terdaya olehnya.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan dengan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli syurga mereka kekal di dalamnya.

APAKAH HAKIKAT TAKAFUL YANG SEBENARNYA?

Sudut pengertian bahasa:
Insurans yang didasarkan pada mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam.

Sudut pengertian syarak:
Pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu di antara satu sama lain melalui derma sedekah sebagai amal jariah dengan tujuan berbuat kebajikan.

Berdasarkan kepada Laporan Bank Negara Malaysia, penembusan pasaran Takaful pada masa ini hanyalah sekitar 13 % sahaja. Ini bermakna, dari jumlah 27,000,000 orang, populasi rakyat Malaysia hanya 3,510,000 orang sahaja yang menyertai Takaful.

Amat menyedihkan dar 51 % (13,770,000 orang) populasi bangsa Melayu beragama Islam, hanya lebih kurang 9 % sahaja (2,430,000 orang) yang telah menyertai Takaful. Ke mana perginya 42 % (11,340,000 orang) yang masih belum menyertai Takaful? Mengapa?


APA ERTINYA SAYA MENYERTAI TAKAFUL?

Abu Hurairah ra memberitahu bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: Allah swt berfirman; Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaKu, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati Aku dalam hatinya maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati Aku dalam jamaah maka Aku ingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang suci dari segala dosa). Apabila hambaKu mendekati Aku sejengkal maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang kepada mendekati Aku dengan berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.

Lantaran itu di saat beradanya kita di bumi yang subur ini untuk perladangan akhirat, janganlah disia-siakan saki baki umur yang ada, akan tetapi hendaklah digigihkan sepenuh upaya mencari jalan-jalan yang dapat mendekatkan diri kepadaNya.
Bersegeralah melakukan amal-amal baik sebelum ditimpa tujuh perkara:
1. kemiskinan yang menjadikan orang pelupa,
2. kekayaan yang menjadikan orang sombong melampaui batas,
3. penyakit yang merosak tubuh,
4. lanjut usia yang melemahkan,
5. maut yang pasti datang,
6. dajjal sejahat-jahat ghaib yang ditunggu dan,
7. hari kiamat yang paling dahsyat dan paling pahit.
Hadis Rasulullah saw ini diriwayatkan oleh Tirmidzi.

Jangan dipersoalkan taqdir Allah atas apa yang berlaku. Apakah usaha yang kita lakukan dalam menghadapi taqdir itu, itu yang akan dipersoalkan.
Usaha ada pada manusia, ketentuan taqdir ada pada Allah.
Dekat dengan manusia dapat meluahkan masalah, dekat dengan Allah dapat menyelesaikan masalah.
Usahakan perkara yang mampu kita lakukan nescaya Allah akan menyelesaikan perkara yang tidak mampu kita lakukan.
Jangan dikesal apa yang tiada, bersyukurlah pada apa yang ada.

Mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah.


Derma sedekah:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
Surah Al Imran : 92




Pakatan kerjasama:
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah (berpecah belah) kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu.”
Surah Al Anfal : 46




Saling bantu membantu:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Takutlah kepada Allah! Sesungguhnya Allah amat berat sekali siksaanNya.”
Surah Al Ma’idah : 2




Syukur:

“Kerana itu ingatlah kepadaKu, pasti Aku ingat kepadamu, dan hendaklah kamu bersyukur kepadaKu serta janganlah kamu lupakan mengingkari nikmatKu.”
Surah Al Baqarah : 152



Sabar:

“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat menjadi pembantumu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”
Surah Al Baqarah : 153


Memberi nafkah keluarga:
“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu-ibu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.”
Surah Al Baqarah : 233
‘Cukup seseorang itu dinilai berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.’
HR Muslim


Membayar hutang:
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu........(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya.”
Surah An Nisaa’ : 11
‘Jiwa (roh) seorang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya sehingga ia melunaskannya.’
HR Tirmidzi, Ibnu Majah
‘Sesungguhnya jihad fisabilillah dan iman kepada Allah itu termasuk amal perbuatan yang terutama. Tiba-tiba seorang berdiri bertanya: Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh dalam perjuangan jihad fisabilillah, apakah tertebus semua dosa-dosaku? Jawab Nabi swt : Ya, jika kau terbunuh sedang kau tabah, sabar, ikhlas mengharap keredhaan Allah swt, maju dan tidak lari mundur, kecuali hutang. Demikianlah keterangan Jibrail kepadaku.’
HR Muslim


Memberikan pendidikan kepada anak-anak:
‘Di antara hak orang tua terhadap anaknya adalah mendidiknya dengan budi pekerti yang baik dan memberinya nama yang baik.’
HR Al Baihaqi
‘Didiklah anak-anak kamu dengan pendidikan yang baik.’
HR Ibnu Majah
‘Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara, mencintai Nabi kamu, mencintai ahli keluarganya dan membaca Al Quran sebab kandungan Al Quran itu berada pada naungan dan singgahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNya.’
HR At Tabrani

Melakukan apa yang Allah suka dan meninggalkan apa yang Allah murka.

Orang yang sering berdoa akan lebih disukai oleh Allah.
Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Allah swt lebih kasih kepada hambaNya yang berilmu.
Allah merahmati orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan cara yang sederhana dan menyimpan selebihnya untuk saat dia memerlukannya.
Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang daripada kamu melakukan suatu amal atau pekerjaan kemudian disempurnakan amal dan pekerjaannya itu.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun indah.
Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar.
Sesungguhnya Allah menyukai usaha petolongan bagi orang yang berada dalam kesukaran.
Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertaqwa, kaya hati dan tidak dikenal orang.
Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang mukmin, fakir, berkeluarga tetapi tidak mahu meminta-minta.
Seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.
Amalan yang paling disukai oleh Allah setelah menunaikan kewajipan fardhu iaitu memberi rasa gembira pada sesama muslim.
Amal yang paling disukai oleh Allah ialah memberi makan orang miskin yang lapar atau menebus hutangnya atau meringankan beban penderitaannya.
Orang yang belas kasihan akan dikasihi Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai agar kamu berlaku adil terhadap anak-anakmu hingga sampai masalah ciuman.
Cintaku patut diperolehi oleh orang-orang yang saling berkasih sayang untukKu, sama-sama bergaul untukKu, saling berziarah untukKu dan yang mengorbankan dirinya untuk memperoleh keredhaanKu.
Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, menghendaki agar tanda-tanda nikmatNya kelihatan pada hambaNya dan membenci hidup melarat dan pura-pura melarat.
Sesungguhnya Allah itu bagus dan menyukai kebagusan, murah hati dan menyukai sifat murah hati, menyukai akhlak-akhlak yang mulia dan membenci yang rendah.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekufuran dan selalu berbuat dosa.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang hidup berlebihan dalam kemewahan dan bersukaria.
Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang melakukan perbuatan atau mengucapkan kata-kata yang kotor dan keji.
Sesungguhnya Allah membenci pengemis atau peminta-peminta sedekah yang memaksa.
Sesungguhnya Allah membenci orang yang bersedih hati di hadapan teman-temannya.
Sesungguhnya Allah murka kepada orang yang bakhil pada waktu hidupnya danpemurah ketika akan mati.

Melaksanakan apa yang Rasulullah saw suka.

Sepotong roti engkau sedekahkan lebih aku suka daripada dua ratus rakaat solat sunat.
Menyampaikan hajat seorang muslim lebih aku suka dari solat sunat seribu rakaat.
Meninggalkan sesuap makanan yang haram lebih aku suka daripada solat sunat dua ribu rakaat.
Menyampaikan hajat wanita janda lebih aku suka daripada solat sunat tiga puluh ribu rakaat.
Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku suka dari seribu dinar dibelanjakan untuk jihad fisabilillah.

SERTAI TAKAFUL MERUPAKAN FISABILILLAH?

Apakah tidak ada lain yang disebut fisabilillah itu kecuali perang jihad? Siapa yang berusaha untuk nafkah yang halal maka itu fisabilillah, dan siapa berusaha untuk membantu kedua orang tuanya maka itu fisabilillah, dan siapa yang berusaha untuk belanja anak keluarganya dari yang halal maka itu juga fisabilillah, dan siapa yang berusaha menimbunkan kekayaan dan sombong maka itu fisabilissyaitan.

Hadis riwayat Abul Laits

Dalam hadis yang lain yang bermaksud;
Barangsiapa berjalan hendak menolong saudaranya dan memberikan jasa padanya maka untuknya pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah.

Rasulullah saw bersabda;
Orang yang usaha membantu kepada janda dan orang miskin, bagaikan orang yang berjuang fisabilillah, bahkan bagaikan orang yang tidak pernah berhenti puasa dan bangun sembahyang malam.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah saw ditanya oleh sahabat Anas bin Malik; Ya Rasulullah manakah yang lebih baik (engkau suka) belanja kepada anak keluarga atau nafkah untuk jihad fisabilillah? Jawab Rasulullah saw: Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku suka dari seribu dinar dibelanjakan untuk jihad fisabilillah.

CARUMAN TAKAFUL DIANGGAP DERMA SEDEKAH?

Derma sedekah sebagai amal jariah secara sukarela dengan tujuan berbuat kebajikan atau diistilahkan dengan TABARRU' di dalam sistem Takaful merupakan akad atau kontrak yang digunapakai dalam pelaksanaannya.
Membelanjakan harta benda atau wang ringgit untuk hal-hal yang besar manfaatnya untuk kebaikan dan kebaktian merupakan Akhlak Islamiyah. Ia menjadi salah satu unsur kekuatan, bergotong royong, berkasih sayang, keamanan dan kemaslahatan ummah.
Allah swt berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud;
'Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'
Surah Al Imran ayat 92

'Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan di jalan Allah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi yang akrab, dan tidak ada lagi syafaat.'
Surah Al Baqarah ayat 254

'Syaitan itu menjanjikan (menakut0nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersikap bakhil dan kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan keampunan daripadaNya serta kelebihan karunia). Dan (ingatlah) Allah amat luas limpah rahmatNya lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.'
Surah Al Baqarah ayat 268

Anjuran bersedekah dan menderma.

Segala kelakuan baik itumerupakan sedekah, segala yang dinafkahkan oleh seseorang pada dirinya sendiri atau pada keluarganya itu pun dicatat sebagai sedekah, apa-apa yang digunakan oleh seseorang untuk melindungi kehormatannya itu juga sedekah baginya. Maka tiada sesuatu pun yang dikeluarkan dari nafkah oleh seseorang melainkan Allah tetap akan menggantinya.
Hadis riwayat Ibnu 'Adi

Sesungguhnya sedekah itu dari kekayaan (kelebihan dari hajat keperluan) dan tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah (yang memberi lebih baik dari yang menerima) dan dahulukan orang-orang yang dekat (ahli keluargamu).
Hadis riwayat Abul Laits

Seorang lelaki bertanya kepada Easulullah saw; Sedekah yang manakah yang afdhal? Jawab Rasulullah saw: Bersedekahlah engkau di kala engkau sedang sihat, di kala sedang bakhil, di kala sedang menangan-angankan kekayaan dan takut miskin, dan janganlah menunda-nunda sehingga engkau baru bersedekah ketika rohmu telah sampai ke tenggorokmu, lalu engkau berkata; Untuk si fulan sekian, untuk si fulan sekian, sedang harta itu adalah hak si fulan.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ingatlah bahawa.....

'Apa jua sedekah yang kamu berikan semata-mata untuk keredhaan Allah maka orang seperti ini ialah orang-orang yang mempergandakan harta dan balasan masing-masing.'
Surah Ar Ruum ayat 39


FADHILAT, KELEBIHAN DAN HIKMAH TAKAFUL


TABARRU' (Derma sedekah sebagai amal jariah secara sukarela dengan tujuan berbuat kebajikan)
'Sesungguhnya orang-orang yang memberi sedekah baik pria maupun wanita dan mereka memberikan pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan kepada mereka (ganjaran) dan beroleh pahala yang besar.'
Surah Al Hadiid ayat 18
'Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada (agama) Allah kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangki-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi) mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.'
Surah Al Baqarah ayat 262
Siapa bersedekah seberat kurma dari hasil kerja yang baik maka Allah akan menerimanya. Sesungguhnya Allah menerima sedekah itu dengan kananNya dan memberkatinya kemudian menggandakan untuk pemiliknya sebagaimana seorang kamu menggandakan belanjanya sehingga sesuap saja akan menjadi seperti Gunung Uhud.
Hadis Rasulullah saw
Termasuk golongan tujuh orang yang dinaungi oleh Allah di bawah lindunganNya pada hari kiamat ialah orang-orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. ngan sedekah sebutir kurma.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu dari Allah dengan mengeluarkan sedekah.
Hadis riwayat Al Baihaqi
Tiada seorang bersedekah dengan baik kecuali Allah memelihara kelangsungan warisannya.
Hadis riwayat Ahmad
Bersegeralah dalam melakukan sedekah kerana bala dan bencana tidak akan mendahului amal sedekah itu.
Hadis Rasulullah saw
Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Hadis Rasulullah saw
Apabila mati anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh kepada ibubapanya.
Hadis riwayat Muslim
Sepotong roti yang engkau sedekahkan lebih baik daripada sembahyang sunat seratus rakaat.
Hadis riwayat Abul Laits


JAMMAH (membentuk satu pakatan atau kumpulan yang bekerjasama)
Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya jamaah itu adalah rahmat sedang perpecahan itu merupakan azab.
Kekuatan Allah bersama-sama dengan jamaah, sesungguhnya sergala itu hanya akan dapat makan kambing yang terpisah (dari kumpulannya).
Pertolongan Allah bersama dengan jamaah.
Hadis Rasulullah saw


TA'AWUN (amalan bantu membantu untuk meringankan beban dan tekanan perasaan)
Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang-orang yang dalam keadaan susah pasti Allah memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya.
Hadis riwayat Muslim
Allah memberikan nikmat pada beberapa kaum selama tidak bosan menolong orang lain, jika mereka telah bosan maka Allah akan memindahkan nikmat itu daripada orang-orang tersebut.
Siapa berusaha menolong keperluan saudaranya hingga terpenuhi atau tidak terpenuhi maka Allah  mengampuni dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian serta menulis untuknya dua keselamatan, selamat dari neraka dan selamat dari kemunafikan.
Menyampaikan hajat wanita janda lebih baik daripada sembahyang sunat tiga puluh ribu rakaat.
Siapa yang memberi makan dan minum anak yatim pastilah syurga baginya. Siapa yang beri makan orang yang sedang lapar semata-mata untuk menhendaki keredhaanNya, wajiblah baginya syurga.
Barangsiapa yang menggembirakan hati orang yang susah dan sedih serta menolong pula orang yang ditimpa kesusahan dan kesedihan itu nescaya Allah akan memberikan rahmat dan rezeki, jika dia pula ditimpa kesusahan dan kesedihan, nescaya Allah akan menolaknya (kesusahan dan kesedihan) dengan segera dan sederas air terjun yang menuruni dan meluncuri bukit.
Barangsiapa berjalan hendak menolong saudaranya dan memberikan jasa padanya maka untuknya pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah.
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitan hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
Sesiapa yang menunaikan hajat seseorang saudaranya yang Islam, pahalanya seolah-olah dia berkhidmat (beribadah) kepada Allah seumur hidupnya.
Bahawa sesiapa yang menolong seorang Islam dengan perkataan ataupun menggunakan kakinya sendiri untuk menolongnya, maka Allah akan menurunkan 73 rahmat ke atasnya, satu rahmat daripadanya akan memadai bagi membereskan kesemua masalahnya di dunia dan juga di akhirat, dan 72 lagi akan disimpan untuk ketinggian darjatnya di akhirat.
Bahawa sesiapa yang membantu seseorang di dalam keadaannya bermusibah, maka dituliskan baginya 73 darjat keampunan. Hanya satu darjat sahaja daripadanya memadai untuk membereskan semua masalahnya (menjadi kafarah bagi kesemua dosa dan kesalahannya), 72 darjat yang bakinya menjadi asbab untuk peningkatan darjatnya.


KASIH SAYANG (perasaan mengasihi dan mencintai saudaranya seperti mana kepada dirinya sendiri)
Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.
Sesungguhnya menghubungkan silaturrahim itu akan menimbulkan kecintaan (kasih sayang) di kalangan keluarga, menyuburkan rezeki (harta) dan memanjangkan umur.
Barangsiapa menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga.
Orang yang belas kasihan akan dikasihi Allah, kerana itu kasih sayanglah yang di mukabumi nescaya kamu dikasih sayangi mereka yang di langit.


SYUKUR (berterima kasih dan mengenang budi atas nikmat kurniaan Allah)
'Dan ingatlah di waktu Tuhan kami memperingati: Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambah nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur maka azabKu amat berat sekali.'
Surah Ibrahim ayat 7
'Dan Kami akan memberikan balasan (pahala) kepada orang-orang yang bersyukur.'
Surah Al Imran ayat 145
'Apakah Allah akan menyiksamu jika kamu bersyukur dan beriman? (Tentu tidak) Allah Maha Pembalas lagi Maha Mengetahui.'
Surah An Nisaa' ayat 147


SABAR (menahan diri daripada perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah)
'Sesaat kesabaran kamu dalam jihad lebih baik dari ibadah (yang kamu lakukan) selama enam puluh tahun.
'Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan) mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.
Surah Al Insaan ayat 12


TAQWA (mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah)
'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang terlintas di hatinya.
Surah At Thalaq ayat 2


Rebutlah ruang dan peluang yang diberikan Allah kepada kita dengan menyertai Takaful. Cara yang mudah dan tepat ini menjanjikan tawaran dan ganjaran hebat dari Allah yang perlu diraih dalam saki baki umur yang masih ada.


MARI MEMPERBETULKAN NIAT KITA


Sayang sekali jika selama ini kita menyertai Takaful hanya sekadar ke tahap penyediaan jaminan kewangan apabila berlaku musibah ke atas diri kita. Ini bermakna ianya tidak jauh berbeza dengan mereka yang non muslim yang menyertai Takaful.
Mengapa manfaat jaminan kewangan yang perlu diberikan perhatian sedangkan kita pun sudah sedia maklum bahawa ianya hanya akan diperolehi setelah terjadinya musibah ke atas diri kita. Persoalannya ialah: Apakah kita ingin diri kita ditimpa musibah? Tentu sekali tidak kerana ingin senang dan ingin selamat merupakan fitrah semulajadi manusia.
Saidina Ali bin Abi Talib berkata:
Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika seseorang itu ditimpa musibah dan malapetaka. Tetapi yang menghairankan ialah bagaimana dia dapat mengelak dan menghindarkan diri daripada ditimpa musibah dan malapetaka tersebut.
Ada kebenarannya jika andaian ini didasarkan kepada Hadis Rasulullah saw seperti di bawah ini.
Allah tidak melihat paras rupa dan harta tetapi Allah melihat hati dan amalan.
Segala amal bermula dengan niat dan tiap-tiap seorang hanya dapat apa yang ia niatkan.
Allah hanya akan menerima amalan yang dilakukan ikhlas semata-mata untukNya, untuk mendapatkan keredhaanNya.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim


Jika matlamat seseorang itu adalah dunia maka Allah swt akan memporak perandakan urusannya. Yakni Allah swt akan menyusahkannya di dalam segala urusan, (rasa khawatir) kemiskinan terbayang-bayang di hadapan matanya dan dia dapat dunia sekadar apa yang ditaqdirkan untuknya.
Dan sesiapa yang niatnya adalah akhirat, maka Allah swt akan memudahkan urusannya dan Allah swt akan menjadikan hatinya kaya dan dunia akan datang dalam keadaan hina kepadanya.
Hadis riwayat Ibnu Majah


Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi akhirat.
Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak mendapat dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditaqdirkan.
Hadis riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi
Sesiapa yang berpagi-pagi dalam keadaan memikirkan dan memperbesar-besarkan dunia, akan dilanda kerisauan yang tidak putus-putus, kesibukan yang tidak habis-habis, kefakiran yang tidak henti-henti dan angan-angan yang tidak berkesudahan.
Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka. Apabila meninggalkan amr-bil-makruf dan nahi-anil-mungkar, mereka akan diluputkan dari keberkatan wahyu. Dan apabila mereka mencaci antara satu sama lain, mereka akan gugur daripada pandangan Allah.
Hadis riwayat Tirmidzi


JANGAN BERTANGGUH!!


Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Muda, sihat, kaya, lapang dan hidup sebelum datangnya waktu tua, sakit, miskin, sibuk dan ajal maut. 
Ingatlah tiga perkara akan mengikuti mayat kita. Dua akan kembali dan tinggal setia yang satu. Ahli keluarga, harta kekayaan dan amalan akan mengiringi jenazah kita ke perkuburan. Apabila selesai maka pulang ahlu keluarga untuk meneruskan kehidupan, harta kekayaan pula akan dibahagi-bahagikan, Yang tinggal bersama-sama kita di alam barzakh ialan amalan.
Bersegeralah dalam melakukan amal-amal soleh dan kebaktian sebagai bekalan kerana ia menjadi cahaya di kehidupan akhirat.
Dua nikmat yang mana manusia selalu lupa akannya iaitu nikmat lapang dan nikmat sihat. Manusia sering terpedaya dan tertipu dengannya.


Dari Ibnu Umar ra, Rasulullah saw bersabda;
Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
Hadis riwayat Bukhari.


SERTAILAH TAKAFUL DENGAN SEGERA!
Lebih baik dan lebih utama tujuannya.
Lebih besar dan lebih kekal ganjarannya.
Lebih seimbang dan lebih sepadu perlindungannya.


Jika ada sebarang persoalan atau komen, sila ajukannya di dalam ruangan 'post a comment'. Terima kasih.


Wassalam.




Disediakan oleh:
Mohd Azman bin Mohd Endin
Perunding Takaful


Tel    : 013-6664742
Emel: azmantm@yahoo.com
Fb    : azman endin